Adakah saya berkemungkinan kena sihir atau pelalau seperti yang difahami oleh sesetengah orang?
– INA AINA, Segamat
JAWAPAN: Dalam membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan jodoh, banyak perkara yang perlu dikaitkan. Ia berbeza menurut keadaan atau latar belakang individu yang terlibat. Punca ataupun sebab yang dimiliki oleh seseorang, tidak semestinya boleh diaplaikan kepada orang lain.
Orang yang tidak berkahwin, terutamanya golongan wanita tidak boleh dikaitkan dengan rupa paras yang kurang cantik, perwatakannya yang kasar, cacat dan sebagainya, biarpun tidak dapat dinafikan kecantikan, tingkah laku lemah lembut dan lain-lain sifat tertentu itu menjadi impian dan idaman kebanyakan orang.
Manusia hanya berupaya merancang. Allah adalah penentu yang sebenar. Kerana itulah manusia perlu menyandarkan setiap sesuatu kepada Allah, setelah berusaha, bertawakal dan berdoa lalu akhirnya berpasrah dan menerima setiap qadak dan qadar itu dengan rela dan ikhlas hati. Sesungguhnya Allah itu mahukan setiap hamba itu menerima qadak dan qadar ketentuannya dengan penuh kerelaan.
Ketentuan sebab yang saudari nyatakan, di luar keupayaan saya untuk menjelaskan, walaupun demikian keterangan berikut akan menjawab pertanyaan saudari.
Pelalau adalah satu istilah dalam ilmu kebatinan Melayu yang melibatkan sihir. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin.
Kesan daripada terkuncinya nafsu, tabiat orang yang terlibat mungkin akan berubah, menjadi pendiam, tidak aktif, dalam keadaan murung, menyendiri dan tidak kurang di antara mereka yang bertindak di luar kebiasaan, akibat daripada tekanan jiwa ataupun akibat sihir pelalau, atau kerana kedua-duanya.
Seorang gadis yang terkena sihir jenis ini mungkin berminat hendak mengahwini seseorang jejaka, tetapi pasangannya mungkin akan menolaknya, begitulah sebaliknya.
Pasangan ini mungkin telah bertunang bertahun lamanya, tetapi pada saat menunggu hari berlangsung, pihak perempuan atau lelaki enggan berkahwin dengan tunangnya, tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Ahmad An-Nuhas at-Tumi, dalam bukunya bertajuk Syifau ‘r-Rahman li ‘s-Sihri wa ‘l-hasad wa amradi ‘l-Jann, muka surat 55-60 menyatakan yang dia telah didatangi oleh seorang bapa bersama seorang gadis, memberitahu yang dia adalah seorang pekerja mempunyai ijazah Alamiyah, tetapi dia sering tidak berupaya menahan marah.
PINANGAN
Ketika ditanya apakah punca menyebabkan si gadis menolak pinangan orang yang hendak mengahwininya, jin yang mengeluarkan suara melalui lidah gadis menyatakan bahawa dialah yang melakukannya kerana dia terlalu sayang kepadanya.
Ketika ditanya bagaimana hal ini boleh berlaku, jin itu menjelaskan bahawa apabila ada orang lelaki datang meminang dia (jin) tadi akan menjadikan wajah orang yang meminang itu begitu hodoh pada pandangan si perempuan, jadi timbulnya rasa benci yang bersangatan.
Dalam buku yang sama, muka surat 57, Syeikh Ahmad menghuraikan pengalamannya ketika didatangi oleh seorang lelaki yang datang bersama anak perempuannya, yang dikatakan memang rajin membaca al-Quran, tetapi sejak dua minggu lalu, dia telah meninggalkan sembahyang dan cepat marah biarpun kerana perkara yang kecil.
Ketika ditanya, jin yang berada dalam diri perempuan tersebut selama sebulan tetapi tidak berjaya masuk dalam badannya kerana perempuan itu selalu berpuasa dan sembahyang. Tetapi sejak dua minggu lalu, iaitu selepas bulan Ramadan, perempuan berkenaan telah marah yang bersangatan membolehkan jin masuk dalam tubuh.
Pada satu ketika lain Syeikh Ahmad telah didatangi oleh seorang perempuan muda yang menyandang jawatan tinggi, tetapi tidak mahu berkahwin. Ketika ditanya, kenapa tidak mahu berkahwin, dia menyatakan: Saya telah turun darah nazif sejak satu tahun, tidak mahu sembuh biarpun puas berubat. Saya merasa sesak dada setiap kali ada lelaki yang datang hendak meminang,’’.
Berdasarkan contoh-contoh yang saya jelaskan tadi, ternyata pelalau yang saudari tanyakan, yang menyebabkan seseorang itu sukar menemui jodoh ataupun tidak menemui jodoh memang sesuatu yang benar boleh berlaku.
Banyak tanda untuk membuktikan sama ada seseorang itu sukar menemui jodohnya kerana pelalau ataupun sebab yang berpunca daripada perlakuan orang yang terlibat, tanpa melibatkan pelalau.
PERTOLONGAN
Kaedah yang berkesan mengatasi masalah yang berkaitan pelalau ialah dengan meminta pertolongan daripada yang arif menggunakan ayat-ayat al-Quran, seperti yang dilakukan oleh Syeikh Ahmad. Kaedah lain dengan memperkuatkan roh iaitu bertakarub kepada Allah s.w.t.
Untuk keterangan mengenai kaedah-kaedah rawatan yang perlu dilakukan, saudari boleh merujuk buku bertajuk: Merawat diri akibat sihir dengan bermunajat, 1998. Percetakan Watan, Kuala Lumpur.
Tidak mudah untuk menentukan sama ada seseorang itu tidak berkahwin berpunca daripada faktor luaran diri sendiri atau kerana sihir (pelalau).
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PELALAU
Di antara tanda-tanda seseorang itu kena sihir ialah adanya gangguan ketika hendak tidur. Bermimpi sesuatu yang mengerikan, seperti didatangi binatang buas, ditikam lembing, dilanggar kereta dan sebagainya.
Begitu juga dengan bermimpi melihat sesuatu yang menakutkan, seperti dikejar hantu, harimau, ular dan sebagainya. Jatuh dari tempat yang tinggi dan lain-lain lagi.
Tanda-tanda lain seperti mendengar suara yang ganjil di dalam rumah, di atas rumah atau paip dan suis lampu terbuka sendiri. Kadang-kadang dia mendengar suara memanggilnya, biarpun tidak ada manusia di sekelilingnya.
Tanda lain yang lumrah terjadi seperti berbau sesuatu yang luar biasa seperti bau wangi, padahal tidak ada minyak wangi tumpah, terbau busuk, bau darah, kemenyan, bau orang mati, nanah dan sebagainya. Bau-bau ini mungkin dihidu oleh diri mangsa sendiri atau seisi rumah.
Sering berlaku mangsa terlihat makhluk yang ganjil, dengan rupa yang menakutkan. Objek-objek seumpama ini selalunya sekelip mata sahaja.
Ketika seorang diri di rumah terasa adanya makhluk di sebelahnya, meremang bulu roma, manakala telinga menjadi tebal pada waktu-waktu tertentu.
Apa yang berlaku pada mangsa pelalau, ialah hilang rasa untuk berkahwin atau untuk meneruskan hubungan dengan seseorang biarpun sebelum ini ia terlalu mengharap benar agar hubungan itu berakhir dengan perkahwinan.
Pelalau kunci nafsu: Soal Jawab Bersama: DR.AMRAN KASIMIN
SALAM,
ReplyDeletehampir stp mlm sy mengalami gangguan tido.kdg2,smp menakutkan.sy seolah2 sedar n seolah2 berada di dlm mimpi 2,sehingga sy menjerit dan trjaga atau sy melaungkn ALLAHUAKBAR ketika sdg tido,sy sedar tp sy seolah2 ssh untk mmbuka mata dr mimpi trsebut.
selain itu,sy ader kekasih,kdg2 sy rs syg dkt die tp kdg2 sy rs benci dgn die.kdg2 nk kt die n kdg2 xnk.
adakah itu slh 1 simptom sy trkna sihir.?.
terima kasih. ijat
SALAM , saya ada teman lelaki si "A" .. saya dah lama kenal dia and family dia , bf saya ni ade kenal dgn seorang janda baru2 ni dan terlanjur dgn janda tu , kemudian bf saya nk tgglkan si janda ni , tetapi janda tu xnak lepaskan dia .. padahal mereka baru lg kenal .. tiba2 bf saya balik kt janda ni balik and tak ingat langsung kt saya .. saya risau .. saya tak tau apa yg janda tu dah buat kt dia .. saya sayangkan dia .. ibu dia pn risau takut janda tu ade bg ape2 kt dia .. tolonglah saya , ape saya perlu buat ???
ReplyDeleteSalam. Sebaiknya cubalah berbincang dengan ahli keluarga teman lelaki anda, jika boleh berpakatlah untuk membawa teman lelaki anda berjumpa dengan ustaz terlebih dahulu, barulah boleh dibuat rawatan samaada dia terkena unsur-unsur yang tidak sepatutnya.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletesaya ingin tahu apa kaitan terhidu bau kemenyan ketika sedang menyiapkan masakan untuk kenduri tahli arwah dgn penghuni rumah/simati? Sedangkan tidak ada seiapa yg membakar kemenyan. Berlaku 2 kali, Malam kenduri arwah ke-7 dan Kenduri tahlil mlmm jumaat.
Terimakasih
Salam,
ReplyDeletesebarang bau termasuk bau kemenyan tidak akan mendatangkan sebarang mudarat kepada sesiapapun. Kemungkinan yang berlaku kebetulan bau kemenyan hadir atau sebab ada orang lain yang membakarnya ataupun ianya terbau sendiri tanpa sesiapa yang membakar, setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah jua. Sila dapatkan penjelasan lebih baik dengan berjumpa sendiri dengan perawat Islam, semoga kemusykilan anda boleh dijawap dengan lebih jelas lagi. Wslm.
Assalamualikum wbt,
ReplyDelete"Apa yang berlaku pada mangsa pelalau, ialah hilang rasa untuk berkahwin atau untuk meneruskan hubungan dengan seseorang biarpun sebelum ini ia terlalu mengharap benar agar hubungan itu berakhir dengan perkahwinan."
Saya tidak tahu sama ada saya terkena pelalu atau tidak...tetapi saya ada persaaan seperti di atas.
salam...nk kata saya terkena sihir pelalau mcm tidak. tapi dr tanda2 tue, ada satu tanda yang sering saya alami iaitu mimpi tentang bayi.kadang2 sy mimpi saya mendukung bayi, bermain-main dengan dia.adakah itu bermakna sy terkena sihir pelalau.kalau ye, tolong saya ustaz..tolong bebaskan diri saya dari sihir nie. dan apa yang perlu saya lakukan utk bebaskan diri darinya?
ReplyDeletesalam... bagaimanakah untuk mengelak daripada terkena sihir pelalau ini?? ayat Al-Quran yang manakah patut dibaca?
ReplyDeleteila, KL
ReplyDeletesalam...ustaz...saya berumur 33 tahun dan masih belum berkahwin. masalah sy, masih tiada teman lelaki. setiap kali sy menjalankan sesuatu hubungan itu, selalu tdk mjadi. apa yg pelik, bahu sy selalu sakit. macam sy menggendong objek yang berat. dah 3 tahun ustaz...adakah itu gejala2 pelalau?
salam ustaz, saya berumur 31 tahun. Baru-baru ini ibu dan bapa saya telah membawa saya berubat pelbagai cara sehingga berjumpa dengan seorang Ustaz... saya bukan beragama islam tapi saya tetap menghormati agama Islam. Saya memberitahu menceritakan apa yang telah saya alami kepada usataz. setelah diselidiki, ada org yang telah menutup jodoh saya.... seorang yang pernah aku kenali sebagai kawan suatu ketika dahulu... apa salah dan dosaku... aku terlepas segalanya yang aku miliki. hati aku robek mengenangkan org yang aku sayang bahagia bersama org lain....Tuhan berikan lah aku kekuatan.
ReplyDelete